Penyembuhan dari Olive Oil

Apa Cerita Minyak dan Kanser?

Hari ini ALFAStore nak kongsikan dengan costumer semua tentang kajian mengenai Minyak Zaitun dan Kanser Payudara.

Kanser payudara ini merupakan kanser yang paling bahaya dan paling banyak berlaku di kalangan wanita. Diikuti oleh Kanser Pangkal Rahim di tempat kedua.

Kajian yang dijalankan di Sweden mendapati pengambilan Minyak Zaitun membantu mengurangkan risiko serangan kanser payudara pada wanita.

Kajian ini menunjukkan bahawa Minyak Zaitun mengandungi unsur yang mencegah serangan penyakit kanser ini yang banyak menyerang wanita.

Satu kumpulan saintis pula melakukan kajian ke atas 16 ribu wanita berumur antara 40 hingga 70 tahun, pada tahun 1987 hingga 1990 di negara-negara Eropah. Kesimpulan kajin ini agak mengejutkan apabila mendapati Minyak Zaitun dapat mengurangkan bahaya serangan kanser hingga 45 peratus.

Kumpulan pengkaji ini membuat kesimpulan. Pengambilan Minyak Zaitun yang menjadi sumber utama Lemak Tidak Tepu di Negara Mediteranian menjadi Faktor Penting dalam menurunkan jumlah serangan kanser payudara.

Namun, kumpulan pengkaji ini juga mengingatkan bahawa lemak-lemak tepu yang terdapat pada Minyak yang diekstrak dari Tumbuhan (Kelapa Sawit) dan Mentega yang digunakan untuk memasak, menggoreng dan membuat kuih boleh meningkatkan risiko serangan kanser payudara sehingga 67 peratus.

Benarlah pesan Rasulullah SAW:

"Makan dan berminyaklah dengan dengan Zaitun kerana ia berasal dari pohon yang diberkati"
Hadis Riwayat At Tirmizi

Jika anda selaku pengguna sedang amalkan pengambilan Supplimen Minyak Zaitun (sebaik-baiknya gunalah dalam bentuk cecair bukannya softgel). Teruskan, istiqomah mengamalkannya. Mudah-mudahan Allah lindungi kita dan orang yang sayangi dari bahaya penyakit kanser ini. Amin

Kepada mereka yang menghidap kanser payudara ini, kuatkan semangat dalam mengharungi apa jua cabaran dan dugaan yang mendatang. Menghidap penyakit ini tidak bermakna hidup mereka telah musnah.

Ada banyak kaedah rawatan dan perubatan yang mampu menyelamatkan keadaan. Pesanan saya kepada wanita-wanita supaya jalani ujian saringan awal dan lakukan pemeriksaan sendiri dengan kerap bagi mencegah penyakit kanser ini. Jangan segan-segan untuk berjumpa dengan Doktor Sakit Puan walaupun anda rasa sihat sentiasa.

Mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat untuk bacaan para costumer yang budiman.

Comments

Popular Posts