Tak Sayang Buah Pinggang


Saban tahun, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) membantu seramai 1,600 pesakit kronik dan menanggung subsidi rawatan dialisis sebanyak RM15 juta selain kos operasi sebanyak RM30 juta yang merangkumi 27 pusat rawatan dialisis di seluruh negara.

Kos operasi turut membabitkan perbelanjaan bagi program pendidikan awam, sumbangan kebajikan bagi golongan pesakit miskin dan anak mereka, latihan profesional untuk pekerja NKF dan penggantian peralatan.

Tahun ini sahaja, kos yang ditanggung NKF termasuk penggantian empat sistem rawatan air osmosis songsang sebanyak RM120,000 setiap satu, 10 mesin dialisis berjumlah RM45,000 setiap satu dan 20 unit mesin seperti ‘dialyser reprocessor’ serta mesin buatan buah pinggang dengan kos RM32,000 setiap satu.

Kapsul Malac antara suplement TERBAIK untuk langkah pencegahan memberi servis kepada ginjal.

Naib Pengerusi NKF, Dr Thiruventhiran Thilaganathan berkata, sejak 46 tahun lalu, pihak yayasan menjalankan pelbagai usaha dalam meningkatkan kesedaran awam terhadap penyakit buah pinggang berikutan bilangan pesakit semakin meningkat setiap tahun menyebabkan yayasan memerlukan dana lebih banyak bagi meneruskan operasi.

Menurutnya, hampir 60 peratus pesakit kegagalan buah pinggang yang berdaftar dengan NKF berada di bawah kategori miskin dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM800 sebulan, manakala pesakit lain turut berpendapatan rendah.

“ Di Malaysia, kebanyakan pesakit buah pinggang berumur sekitar 50 sehingga 65 tahun turut menghidap diabetes, mempunyai tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi. Ini mencerminkan pengurusan yang lemah ke atas penyakit kronik kerana secara umumnya penyakit terbabit serius apabila gagal dikawal dengan baik, mengambil masa panjang iaitu 10 atau 20 tahun untuk menggagalkan fungsi buah pinggang.

Meskipun pemindahan buah pinggang adalah rawatan pilihan bagi kebanyakan pesakit kategori ini, bilangan penderma organ yang sedikit di negara ini mengehadkan bilangan pemindahan organ yang dijalankan iaitu kira-kira 60 kes setahun,”

- katanya ketika berucap di majlis pelancaran kempen 30 Hari Buah Pinggang Sihat anjuran Pusat Perubatan Sunway (SunMed) di Petaling Jaya, baru-baru ini. Turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SunMed Choo Voon Chee dan Pengerusi Penganjuran Kempen 30 Hari Buah Pinggang Sihat Nadiah Wan.

Dr Thiruventhiran yang juga Perunding Pakar Nefrologi hospital itu berkata, Malaysia antara negara paling ramai pesakit buah pinggang di dunia disebabkan amalan gaya hidup tidak sihat penduduk terutama pengambilan makanan tidak seimbang.

Jadikan amalan harian dengan cara meminum Air Mineral yang pH 7.0 keatas bagi mendapat oksigen yang secukupnya buat tubuh.


“Malaysia dianggap sebagai syurga makanan apabila pelbagai jenis makanan mudah didapati, malah premis makanan juga dibuka setiap masa. Inilah masalah terbesar kita apabila rakyat suka menjamu selera tanpa had waktu dan tidak menitik­beratkan makanan yang menyihatkan.

“Sikap sebegini jika tidak dididik dari awal mengenai keburukannya akan menjadi tabiat dan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan sehingga menyebabkan buah pinggang terjejas apabila meningkat usia.

Produk TERBAIK untuk 'manage' organ dalaman tubuh

“Selain itu, rakyat kita juga jarang bersenam atau melakukan aktiviti sukan dan riadah. Seakan asing apabila mempelawa rakan melakukan aktiviti fizikal sebaik tamat kerja kerana ia sesuatu yang jarang dibuat.

“Bersenam dan bersukan selepas waktu kerja adalah sebahagian gaya hidup rakyat di negara Barat. Walaupun mereka sibuk bekerja, sebaik habis kerja tetap meluangkan masa singgah ke gim atau bersukan lain,” katanya.

Sementara itu, statistik Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) menunjukkan anggaran 3.2 juta rakyat Malaysia mempunyai diabetes, tetapi kira-kira 50 peratus daripada bilangan itu tidak didiagnosis. Bilangan keseluruhan pesakit diabetes dijangka terus meningkat sebanyak 50 peratus lagi menjelang 2035.

Mengenai kempen berkenaan, Voon Chee berkata, isu kesihatan itu bertambah serius dengan peningkatan bilangan pesakit diabetes termasuk bilangan kes pesakit diabetes yang masih belum dikesan apabila sebanyak 50 peratus pesakit diabetes berakhir dengan kegagalan fungsi buah pinggang.

Kapsul Plantisol antara produk untuk mengawal gula dalam darah 
yang bersifat alami dan berkesan.

Menurutnya, kira-kira 60 peratus pesakit buah pinggang berpunca daripada diabetes dan kebimbangan inilah yang memotivasikan pihaknya untuk memantapkan usaha dalam peningkatan kesedaran awam di samping membantu NKF meneruskan usaha murni mereka dalam membantu pesakit yang kurang berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan.

“Walaupun sebelum ini banyak inisiatif dicurahkan bagi meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kepentingan penjagaan buah pinggang, masih ada lagi sekurang-kurangnya 5,000 kes baru kegagalan fungsi buah pinggang yang didiagnosis setiap tahun,” katanya.

p/s: Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan@produk yang ada nilai kesihatan buat tubuh. Elakkan mengambil produk yang mengandungi bahan sintetik. Apapun pilihan ada ditangan anda.

Sila lawati FB Page untuk mendapatkan maklumat produk kesihatan untuk anda seisi keluarga. Link: Alfastore OfficialPage

Comments

Popular Posts