NATURE EUFORIA

Hebatnya NATURE EUFORIA
Tulisan Dr Norman Norawi

Nature Euforia™
Produk ini diklasifikasikan sebagai PRODUK NATURAL ATAU ASLI kerana berdasarkan definasi yang diberikan untuk produk natural oleh ahli sains:

• Sesuatu produk di kira sebagai produk ‘natural’ atau ‘asli’ apabila ia mengandungi bahan daripada sumber semulajadi dan bukan daripada bahan yang dibuat secara sintetik dimakmal dan ianya termasuk herba, akar kayu, bunga-bungaan dan minyak asas tumbuhan dan termasuk juga bahan yang bukan dari tumbuhan seperti lilin sarang lebah (bee wax) dan mineral dari tanah.

• Bahan-bahan asli atau natural tadi perlu dicampurkan dengan pelbagai agen seperti:
o agen pembawa (carrier)
o agen pengawet (preservatives)
o agen pemisah (surfactants)
o agen pelembab (humectants)
o agen emulsi (emulsifier)

• Bahan sintetik adalah bahan yang dihasilkan di makmal secara manipulasi kimia dan tidak dijumpai secara semulajadi.
• Walaubagaimanapun, ia masih boleh dikira sebagai natural walaupun dihasilkan dimakmal apabila bahan asasnya adalah bahan asli / natural seperti Vitamin E.

• Produk yang dikira sebagai natural mestilah tidak mengandungi bahan-bahan seperti
o Petrokimia
o Parabens
o Sodium Lauryl dan Sulfat Laureth
o Phthalates
o Pewangi sintetik
o Pewarna sintetik dan dye.

Produk NATURE EUFORIA memenuhi syarat yang dinyatakan diatas tadi dengan itu ia diklasifikasikan sebagai produk NATURAL atau ASLI berdasarkan faktor-faktor berikut:

• Bahan asas kepada produk ini adalah Pati Minyak Zaitun (EVOO) dan Vitamin E Tokotrienol daripada minyak kelapa sawit. Ia diproses di makmal melalui teknologi terkini yang dipatentkan oleh Universiti tempatan untuk menjadikan ianya larut air sementara atas tujuan menjadikan produk ini praktikal ntuk disapu dimuka atau kulit tanpa menyebabkan rasa berminyak. Apabila ianya telah meresap kedalam kulit , ia akan bersifat seperti asalnya iaitu larut minyak dan mampu menembusi dinding sel-sel kulit yang bersifat larut minyak kerana dinding sel kita adalah lapisan fosfolipid yang hanya membenarkan bahan larut minyak meresap dengan mudah.

Pati minyak zaitun mengandungi bahan anti oksidan yang kuat iaitu tokoferol, hydroxytyrosol, oleuropein dan oleocanthal yang sangat baik untuk kesihatan kulit dan bertindak secara sinergi dengan tokotrienol.

• Bahan lain yang ditambah kedalam produk ini adalah VITAMIN C dan Aloe Vera gel. Vitamin C bertindak secara sinergi dengan Vitamin E Tocotrienol untuk memberikan kesan perlindungan anti oksidan terbaik kepada sel-sel kulit. Aloe vera gel pula bertindak sebagai agen pembawa asli yang membantu bahan-bahan aktif tersebut untuk lekat kepada lapisan kulit dan dapat meresap masuk kedalam kulit secara optimum. Kedua-dua bahan ini adalah bahan asli atau natural.


• Produk ini lansung TIDAK mempunyai bahan-bahan kimia sintetik yang disenaraikan diatas seperti petrokimia, parabens, sodium lauryl dan sulfat laureth, phthalates dan pewarna atau pewangi sintetik.

• Bahan lain yang ditambah sebagai bahan untuk menstabilkan produk ini adalah :
o Butylene Glycol – agen pembawa yang natural
o Sodium Hyaluronate –agen pembawa yang natural
o Glycerin – agen pelembab (humectants) yang natural
o Carbomer –agen surfactant atau pemisah yang natural
o Phenoxyethanol –agen pengawet dan penghalang pembiakan kuman yang natural
o Allantoin – agen pelembab kulit yang natural
o Tetraethanolamine – agen pembawa yang natural
o Tetrasodium EDTA –agen pengawet yang natural yang menghalang ransiditi dan menghalang kekeruhan produk kerana ia akan menghalang pencemaran oleh logam berat.
o Polysorbate 80 – bahan surfactants dan emulsifikasi tidak berion untuk menstabilkan produk.
o Methylisothiazolinone – bahan pengawet dan menghalang pembiakan kuman.

• Jika diteliti satu persatu bahan yang digunakan didalam produk NATURE EUFORIA ini maka tidak bolehlah dinafikan lagi bahawa produk ini adalah produk NATURAL /ASLI sepenuhnya.

Dr Norman Mohd Norawi
Pengasas formulasi NATURE EUFORIA

#olivehouse #natureeuforia #serum

Comments

Popular Posts