Olive House vs Menjawab Tohmahan Liar

PATI MINYAK ZAITUN KAMI PULA DITUDUH SYIAH !!
ANDA KENAL USTAZ SAMIR JAZZAR ?

Apabila kedengaran suara menyatakan minyak zaitun Olive House adalah minyak zaitun Syiah. Ada yang bertanya, menuduh dan membibitkan kebencian kepada kami, maka saya terpaksa memenuhi permintaan sahabat-sahabat yang meminta dan amat mengharap agar saya dapat menulis dan mencernakan sebuah pencerahan. Biarpun isu ini saya dengari ketika kerancakan kempen PRK Dun Sg Limau. Alhamdulillah, baru hari ini dengan sedikit ruang waktu yang ada, walaupun saya sebenarnya agak malas melayan isu-isu sebegini pada asasnya. Tambahan pula baru-baru ini sedikit fikrah dan tenaga dipusatkan seketika untuk PRK Sg Limau, seterusnya disambung dengan komitmen sebagai perwakilan di muktamar Agong Tahunan PAS Pusat.

ISU CABARAN BISNES !!

Kami pejuang yang berdagang !! Politik, dakwah, perniagaan..menghadapi irama dan tari karenah musuh yang seakan sama. Pedagang mesti kuat atas apa yang diyakini…Berniagalah apa yang diyakini biarpun hiruk pikuk cabaran ibarat langit pecah dan runtuh sedang menimpa kita(motivasi dari seorang mentor saya).

Seperti di dalam arena politik dan dakwah..Saya pernah menyampaikan ceramah kecilan pada siri-siri PRU yang lalu (hanya penceramah amatur, tak pandai pun) saya dan sahabat-sahabat pernah dihina, dicaci dan dituduh orang gila, anjing menyalak dan lain-lain tohmahan kasar. Terutama bila berada di antara lokasi-lokasi alam maya ini yang tidak pernah diadakan ceramah. Selain dari Alaska Kutub Utara, Kepulauan Falkland dan kampung-kampung di Korea Utara apabila kami cuba menyanggah kebejatan pemikiran segelintir masyarakat yang terlalu naif berkaitan isu-isu juga perkembangan politik tanahair. Namun kami melayannya bagai hidangan yang lazat, membentuk kami menjadi semakin kuat. Besi yang semakin dibakar akan semakin berkualiti mudah-mudahan.

Begitu realiti dunia bisnes, kita terkepong dengan asakan kejahatan dan belaian kebaikan. Bila mula melangkah ke medan ini, bersedialah berperang sampai bila-bila. Tidak ada di kalangan kami di kalangan pendokong syiah..hentikan fitnah. fitnah lebih dahsyat dari membunuh, membunuh seorang muslim lebih dahsyat dari meruntuhkan kaabah.

OLIVE HOUSE ?

Pati Minyak zaitun kami dibekalkan dari Syria, Turki dan insyaAllah dari Morocco yang bakal berada di pasaran. Ust Aidil Azwal,pengarah urusan Olive House Resources adalah ilmuan juga anak muda yang banyak berkorban untuk membawa perniagaan makanan sunnah ini di Malaysia. Mula membawa minyak zaitun ketika bumi Syria masih aman sehinggalah bandar-bandar besar kini menjadi seakan kota imaginasi yang punah di dalam adegan filem sains fesyen barat. Namun beliau(Ust Aidil Azwal) berusaha dengan gigih untuk terus membantu perniagaan umat Islam di Syria yang ternyata kehilangan kompas arah masa depan.

Kebanyakan syarikat-syarikat perniagaan luar terpaksa meletakkan titik noktah urusan perniagaan kerana terlalu sukar meneruskan aktiviti seperti tahun-tahun yang terdahulu. Namun Olive House terus mencari jalan untuk membantu rakyat Syria. USTAZ SAMIR JAZZAR adalah individu yang membekalkan pati minyak zaitun kepada syarikat kami dan beliau merupakan seorang usahawan sunni dan penyokong kuat tentera rakyat FSA (BUKAN SYIAHHH !!!). Alhamdulillah dengan usaha yang gigih untuk terus memasarkan pati minyak zaitun makanan yang berkat ini, dikala kebanyakan pengeluar-pengeluar minyak zaitun terpaksa menutup perniagaan, beliau berjaya memindahkan kilang penghasilan minyak zaitun ke dalam wilayah Turki dengan kerjasama kerajaan Turki yang amat membantu meringankan kesukaran hidup rakyat Syria.

Olive House juga sedang berusaha membawa sebanyak mungkin produk keluaran rakyat Syria untuk di pasarkan di negara Malaysia di samping membantu ahli-ahli perniagaan muslim di sana yang amat memerlukan sokongan kita. Menjadi asas perniagaan Olive, pengarah urusan Ust Aidil sendiri telah turun bertemu pengusaha serta pembekal-pembekal minyak zaitun dari Syria, Turki dan Morocco. Beliau mengenali secara rapat, sentiasa berhubung ukhuwwah dengan pengeluar minyak zaitun, memastikan mereka adalah dari kalangan umat Islam, mengenali kejujuran mereka di dalam perniagaan, (lantaran penipuan industri minyak zaitun dunia yang berlaku dengan hebat dan bersistematik,.seperti yang pernah berlaku di Itali, Spain dan lainnya. Pencampuran minyak zaitun dengan minyak kacang, minyak sayur serta proses mengextra virgin oil dengan kaedah tertentu).

INILAH SEBAB RAMAI PENGGUNA MEMILIH PATI MINYAK ZAITUN OLIVE HOUSE.

Ketidakmampuan sebahagian besar pengguna minyak zaitun di negara kita mengenalpasti ketulenan produk di pasaran ternyata menjadi bonus berpanjangan bagi pengeluar dan pembekal yang menggerakkan bisnes tanpa lapikan amanah. Serbuan ke kilang-kilang pengeluar minyak zaitun, pendedahan isu-isu pencampuran dengan minyak kacang dan minyak sayur menjadi satu igauan ngeri bagi pengamal sebenar minyak zaitun yang tulen dan berkualiti.

BEZA PRODUK OLIVE HOUSE DENGAN KEBANYAKAN OLIVE YANG LAIN..

Apa yang kami bawa dan perjuangkan adalah berpandukan kepada perkongsian ilmu dari Profesor Muhammad Faid, seorang ulama pemakanan Islam(ahli sains, pakar nutrisi dan hafiz alQur'an) yang terkenal di Morocco, Perancis dan Eropah. Perniagaan kami bukan sekadar gimik bisnes serta doktrin perniagaan semata-mata seperti yang dibawa oleh banyak syarikat-syarikat besar dan kapitalis dari barat. Profesor Muhammad Faid bukan orang biasa, beliau mempunyai 2 PHD, 2 MASTER serta mempunyai patern dan makmal sendiri. Penghuraiannya tentang 7 ayat alQur'an yang membicarakan tentang mukjizat zaitun samaada secara langsung atau tidak langsung amat menarik perhatian.

CONTOHNYA KAMI MEMASARKAN MINYAK ZAITUN YANG TIDAK DITAPIS (PATI)

Profesor Muhammad Faid menegaskan bahawa minyak zaitun yang terbaik mestilah minyak zaitun yang tidak ditapis seperti produk Olive House, mungkin pengedar-pengedar syarikat yang lain mempunyai hujah-hujah tersendiri (tanpa kami menyalahkan mereka) Dengan prinsip yang kami bina adalah berpaut pada ijtihad ulama pemakanan Islam dan zaitun yang sedia ada. Ulama yang telah mengkaji, mempunyai fakta, bahan ilmiah, pengalaman, kepakaran ,ketelusan(kerana mereka tidak terlibat di dalam perniagaan dan tidak mempunyai kepentingan peribadi di atas apa yang mereka faktakan).

Minyak zaitun juga dilarang untuk disofgel atau dikapsulkan kerana proses perawatan zaitun adalah merangkumi mulut ,tekak, dada dan perut. Juga proses pengkapsulan akan melalui proses pemanasan yang akan mengurangkan khasiat zaitun yang asli, juga hilang keasliannya. ( Jawapan kenapa kami tidak mengeluarkan minyak zaitun gel dan kapsul walaupun ianya memudahkan penjualan dan pemasaran tetapi bertentang dengan ilmu zaitun yang sebenanrnya )

IKHTITAM KALAM
KAMI MENERIMA SESIAPA SAHAJA YANG BERMINAT MENJADI WAKIL KAMI SAMAADA DARI PENYOKONG SYIAH,WAHABI,SUFI DAN LAINNYA TERMASUK PENGIKUT AYAH PIN,RASUL MELAYU ATAUPUN TUHAN HARUN( KALAU ADA),DENGAN HARAPAN DI SINI SEMUA MAMPU KEMBALI KE JALAN YANG BENAR DAN KITA MAMPU BANGUN DI BAWAH PAYUNG AGAMA YANG TULIN,AKAN TERBINA KEYAKINAN DAN PEGANGAN YANG BENAR,TERHAMBAT SEGALA DAKYAH FIKRAH YANG PALSU.

Ust Mohd Zahir Ghazali
Pengurus Agen,
Olive House Resources
019-4937700
22 November 2013

Comments

Popular Posts